Notis Perlindungan Data Peribadi Kumpulan IHH
IHH Healthcare Berhad termasuk anak syarikatnya, syarikat berkaitan atau mana-mana sekutunya (secara kolektif dirujuk sebagai "Kumpulan IHH" atau "IHH" dan seterusnya merujuk kepada 'kami') amat komited bagi memastikan bahawa data peribadi anda dilindungi mengikut Polisi Perlindungan Data Peribadi Kumpulan IHH (‘Polisi PDP IHH’) selaras dengan semua rang undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dan tidak hanya terhad kepada Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia (PDPA) 2010 (Akta Perlindungan Data Peribadi).
Notis Perlindungan Data Peribadi ini ('Notis PDP') menggariskan bagaimana Kumpulan IHH mengumpul, menggunakan, menzahirkan dan mengurus data peribadi selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi.
Sila ambil maklum bahawa Kumpulan IHH akan mengemaskini Notis PDP ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan kepada Notis PDP ini akan dimaklumkan di laman sesawang kami.
- Persetujuan 
 Notis PDP ini bertujuan bagi memaklumkan mengenai data peribadi anda yang akan diproses oleh kami atau bagi pihak kami. Dengan memberikan kami data peribadi anda atau terus berkomunikasi dengan pihak kami, kami beranggapan bahawa anda bersetuju dengan pemprosesan data tersebut menurut Notis PDP ini. Sekiranya kami meminta sebarang maklumat tertentu bagi mengenal pasti diri anda sebagai seorang individu, yakinilah bahawa maklumat tersebut hanya akan digunakan mengikut kehendak yang tertulis di dalam Notis PDP ini. 
- Sumber Data Peribadi 
 Kami mengumpul data peribadi anda secara langsung atau melalui maklumat yang telah dikumpul semasa berurusan dengan pihak kami. Ini termasuk data yang anda berikan melalui pihak ketiga, media sosial, atau sumber awam. Selain daripada itu, kami mungkin memerlukan bantuan anda bagi mendapatkan persetujuan pihak ketiga mengenai data peribadi mereka yang disediakan oleh pihak anda kepada kami, dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda bagi berbuat sedemikian. 
- Jenis Pengumpulan Data Peribadi 
 Data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami mungkin termasuk/atau berkaitan dengan nama anda, tarikh lahir, nombor kad pengenalan atau pasport, nama majikan/syarikat, alamat rumah dan pejabat, nombor telefon/bimbit, nombor faks, alamat e-mel, pekerjaan, umur, jantina, status perkahwinan, berat badan, ketinggian, foto, bangsa, kewarganegaraan, agama, maklumat keluarga dan/atau waris terdekat, maklumat imbuhan, nombor KWSP, nombor SOCSO, nombor cukai pendapatan, butiran perbankan, latar belakang pendidikan, latihan yang dihadiri, pengalaman kerja, keputusan pemeriksaan perubatan, rekod perubatan, diagnosis perubatan, maklumat kesihatan peribadi, sejarah jenayah, keputusan siasatan, butiran insurans dan sebarang data peribadi yang diperlukan untuk tujuan yang dinyatakan dalam Perkara no 4 di bawah (dirujuk sebagai “Data Peribadi”). 
- Tujuan Pemprosesan Data Peribadi 
 Data Peribadi anda mungkin diproses bagi tujuan berikut tetapi ianya tidak terhad kepada tujuan-tujuan berikut: (a) untuk menyediakan perkhidmatan perubatan dan penjagaan kesihatan; (b) untuk memudahkan keperluan peribadi pesakit (contohnya, lanjutan penginapan untuk pelancong kesihatan); (c) untuk mewujudkan dan mengurus rekod perubatan dan laporan perubatan; (d) untuk memudahkan proses pembayaran berkaitan dengan pesakit; (e) untuk menjalankan penyelidikan, analisis dan penambahbaikan; (f) untuk mentadbir dan memberi respons kepada permintaan, pertanyaan, aduan dan isu yang berkaitan dengan undang-undang; (g) untuk memudahkan aktiviti pengurusan sumber manusia berkaitan dengan pekerja; (h) untuk penyerahan dan pendaftaran borang yang berkaitan, lesen kepada pihak berkuasa yang berkaitan dan/atau pihak ketiga di bawah undang-undang yang mengawal selia industri penjagaan kesihatan; (i) untuk menyediakan pemasaran, pengiklanan, program keahlian, skim ganjaran, tawaran dan/atau promosi produk dan perkhidmatan kami; dan/atau (j) untuk tujuan komunikasi luaran, interaksi dengan pembekal perkhidmatan yang dibenarkan. Pembekal perkhidmatan yang dibenarkan oleh pihak kami mungkin menggunakan kuki (cookie) (fail teks kecil yang disimpan dalam penyemak imbas pengguna), suar web (web beacon) (imej elektronik yang membolehkan kami mengira pengguna yang telah mengakses kandungan tertentu dan mengakses kuki tertentu) dan teknologi penjejakan lain yang berkaitan untuk mengumpul dan menyimpan maklumat bagi membantu kami memberikan anda pengalaman laman web yang lebih baik, lebih pantas dan selamat; dan/atau; dan/atau (k) untuk tujuan-tujuan lain yang diperlukan bagi mengendalikan, mengekalkan dan menguruskan perniagaan kami dan hubungan anda dengan pihak kami dengan lebih baik. (secara kolektif, "Tujuan"). Data Peribadi anda akan dikumpulkan daripada pelbagai borang dalam talian yang tersedia semasa lawatan anda ke laman sesawamg Kumpulan IHH, senarai tetamu sedia ada, kad perniagaan, buku tetamu dan/atau sebarang acara yang dianjurkan oleh pihak kami dan/atau mana-mana Kumpulan IHH (seperti yang ditakrifkan sebelum ini). Pemprosesan Data Peribadi anda mungkin wajib atau sukarela, bergantung pada Tujuan di mana Data Peribadi anda dikumpulkan. Sekiranya wajib untuk anda memberikan Data Peribadi tersebut kepada pihak kami, dan anda gagal atau memilih untuk tidak memberikan data tersebut kepada kami, atau anda tidak bersetuju dengan mana-mana perkara di atas seperti yang termaktub di dalam Notis PDP ini, pihak kami mungkin tidak akan dapat menyediakan perkhidmatan kami atau meneruskan urusan dengan anda. 
- Pendedahan Data Peribadi
 Sehubungan dengan satu atau lebih tujuan yang digariskan dalam Tujuan seperti yang dinyatakan di atas, kami mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada anak syarikat dan sekutu kami yang termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak luar yang diberi kuasa oleh kami seperti berikut: (a) subkontraktor, pembekal perkhidmatan, vendor, pembekal yang menyediakan produk dan perkhidmatan kepada kami, termasuk tetapi tidak terhad kepada sokongan keselamatan, pengurusan perbelanjaan pekerja dan pentadbiran faedah dan ganjaran; (b) pendedahan kawal selia atau undang-undang, jika dikehendaki oleh undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, atau atas permintaan pihak berkuasa kerajaan atau kawal selia; (c) penasihat profesional dan lain-lain, seperti bank, syarikat insurans, juruaudit, peguam, dan akauntan; dan/atau (d) pihak lain yang terlibat dalam urus niaga korporat, seperti penjualan perniagaan, penyusunan semula, penggabungan, usaha sama atau pelupusan lain perniagaan, aset atau saham kami. Sila ambil perhatian bahawa Data Peribadi anda mungkin dipindahkan kepada pihak ketiga seperti yang dirujuk di atas yang berada di luar Malaysia. Sebarang pemindahan Data Peribadi anda hendaklah dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan berkaitan dan terpakai dengan undang-undang perlindungan data. Dalam kes sedemikian, kami akan memastikan bahawa terdapat perlindungan yang mencukupi untuk melindungi Data Peribadi anda, ianya tidak akan dipindahkan tanpa kebenaran bertulis anda dan ia dilakukan oleh kami bagi mematuhi kewajipan undang-undang terhadap kami. Kami mungkin berkongsi maklumat bukan peribadi, tidak boleh dikenal pasti (de-identified) dan diagregatkan dengan pihak ketiga untuk beberapa tujuan, termasuk analisis data, penyelidikan, penyerahan, kepimpinan pemikiran dan aktiviti promosi. 
- Pengekalan Data Peribadi
 Kami akan menyimpan Data Peribadi anda pada sistem kami untuk tempoh paling lama seperti berikut: (a) selagi perlu untuk aktiviti atau perkhidmatan yang berkaitan; (b) apa-apa tempoh pengekalan yang dikehendaki oleh undang-undang; dan/atau (c) penghujung tempoh litigasi atau penyiasatan sekiranya berkemungkinan timbul perkara berkenaan dengan perkhidmatan tersebut. Sebarang Data Peribadi yang disimpan oleh kami mungkin dimusnahkan dan/atau dipadamkan daripada rekod dan sistem kami mengikut dasar pengekalan data kami sekiranya data tersebut tidak lagi diperlukan untuk Tujuan tersebut. Walau bagaimanapun, anda boleh meminta pengalihan keluar atau pemadaman Data Peribadi anda dengan menghubungi pihak kami. 
- Akses dan Kemas Kini Data Peribadi 
 Kami berusaha sedaya upaya bagi memastikan bahawa Data Peribadi yang kami proses tentang anda adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini. Jika terdapat sebarang perubahan pada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi yang ada dalam simpanan kami mengenai anda adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, sila hubungi pihak kami supaya kami dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengemaskini data peribadi anda. Jika anda ingin meminta akses kepada Data Peribadi anda, sila hubungi pihak kami. Kami mengesyorkan agar anda membuat permintaan secara bertulis bagi mengakses data peribadi anda yang diproses oleh pihak kami. Kami akan mengambil langkah bertujuan untuk mengenalpasti dan mengesahkan identiti anda sebelum memenuhi sebarang permintaan untuk mengakses data peribadi anda mengikut Polisi PDP IHH dan peraturan Akta Perlindungan Data Peribadi. 
- Untuk menghubungi pihak kami
| Malaysia | |
| Telefon | 1800814766 (IHH Speak Up) | 
| Emel | [email protected] atau https://ihhspeakup.ethicspoint.com | 
| Komunikasi bertulis harus dihantar ke | Pejabat Korporat IHH di Malaysia | 
| Untuk Perhatian | Pejabat Perlindungan Data Kumpulan (GDPO) IHH Healthcare Berhad (IHH HQ), Level 35, Mercu Aspire, No: 3, Jalan Bangsar, KL Eco City, 59200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, West Malaysia (Ditandakan Sulit & Akan Dibuka oleh Penerima Sahaja) | 
| Singapura | |
| Telefon | 800 852 3320 (IHH Speak Up) | 
| Emel | [email protected] atau https://ihhspeakup.ethicspoint.com | 
| Komunikasi bertulis harus dihantar ke | Pejabat Korporat IHH di Singapura | 
| Untuk Perhatian | Pejabat Perlindungan Data Kumpulan (GDPO) IHH Healthcare Berhad (Pejabat Cawangan Singapura), Harbour Front Tower One, 1 Harbour Front Place, #03-02, Singapore 098633 (Ditandakan Sulit & Akan Dibuka oleh Penerima Sahaja) | 
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan di antara Notis PDP versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.
Tarikh semakan: 28hb Oktober 2025
 
							 
							 
							 
                     
                 
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                             
                            